Monday, 29 May 2017

Dinner KKM

Assalamualaikum and hai gais!!!


πŸ‘šSo selalunya di hujung semester pengajian, kesemua kolej yang terdapat di dalam UKM akan menganjurkan dinner kepada warga kolej masing-masing. Begitu jugalah kolej saya yang tercinta iaitu Kolej Keris Mas. Dinner bagi kolej kami telah dijalankan selama 2 hari iaitu hari Selasa (junior night) dan Rabu (senior night).


πŸ’„Persiapan dinner telah diuruskan oleh para ajk yang terlibat iaitu MG2KM. Tema dinner kami ialah bollywood dan pada malam tersebut kesemua bangsa KKM kelihatan sangat bergaya sekali. Pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan menepati selera.

πŸ‘›Pada pendapat saya, dinner ini tersangatlah gempak dan menarik sekali. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ajk yang bertungkus lumus untuk menjayakan dinner kkm ini.



Pitching Entrepreneurship & Innovation

Assalamualaikum and hai gaiss!!
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

πŸ™‰Pada 11 Mei iaitu Ahad, satu pertandingan pitching entrepreneurship & innovation telah dijalankan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) anjuran citra asas keusahawanan dan inovasi. Peserta bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada kumpulan kumpulan yang berjaya mewakili fakulti masing- masing di UKM.

πŸ™‰Mereka telah mempersembahkan produk atau perkhidmatan yang direka oleh mereka sendiri. Kesemua peserta bertanding dengan penuh bersemangat sekali. Di awal pagi pada hari tersebut, pameran poster bagi setiap kumpulan dipamerkan di lobi DECTAR.

πŸ™‰Kumpulan saya tidak berjaya untuk mewakili fakulti, oleh itu pada hari tersebut kami hanya menjadi penonton dan penyokong sahaja. Kumpulan yang menang akan dibawa terbang ke Paris untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan mereka pula disana.


Graduate training service

Assalamualaikum and hai gaiss!!
πŸ’–πŸ’•πŸ’˜πŸ’—πŸ’“πŸ’πŸ’ŸπŸ’ž

🐌Graduate Training Service (GTS)  merupakan salah satu projek yang ingin dilakukan oleh kumpulan kami iaitu 360 BHD.

🍬GTS ini merupakan sebuah perkhidmatan yang diberikan kepada pekerja yang baru bekerja di sesebuah syarikat. Tujuan perkhidmatan ini ditawarkan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti pekerja dalam melakukan pekerjaan di samping memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu tentang pro and cons di alam pekerjaan.

🍬Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh syarikat kami iaitu dari segi outdoor dan indoor. Oleh itu, ayuh sertai kami!







Saturday, 20 May 2017

Access

Assalamualaikum and hai gaiss!! 
πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜ŽπŸ˜„



πŸ’Pada entry kali ini saya nak share tentang cara penggunaan Access. Access ini merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam Microsoft Office. Cara penggunaannya seakan akan Excel tetapi cara penggunaan sistem ini lebih terperinci kerana terdapat relationship antara satu table dengan table yang lain. Tetapi maklumat yang boleh disimpan di dalam Access ini adalah lengkap.

πŸ’Seterusnya, aplikasi ini hanyalah digunakan oleh syarikat syarikat yang besar yang mempunyai ramai rakan kongsi, pekerja dan pelanggan.

πŸ’Oleh itu, saya sediakan link di bawah yang telah diajarkan oleh Lecture saya untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menggunakan aplikasi ini.
 Selamat Mencuba! 😎

πŸ€Access Part 1πŸ€
🌿Access Part 2🌿



Web 2.0

Assalamualaikum and hai gaiss!!😍😍😍

🐧Web 2.0 menerangkan dunia laman web Wide Web yang menekankan kandungan yang dijana oleh pengguna, kebolehgunaan kemudahan penggunaan walaupun daripada bukan pakar dan laman web ini boleh bekerja dengan baik dengan produk lain, sistem dan peranti untuk pengguna akhir.

🐧Web 2.0 ini selali digunakan oleh pengguna untuk mempromosikan produk dan mengajar masyarakat tentang sesuatu perkara. Web ini terdiri daripada beberapa aplikasi iaitu Powtoons, Pretzi, Video Scribe dan Screencast-O-Matic.

🐧Ini merupakan salah satu task yang diberikan oleh lecture saya iaitu Pn Rohizah, untuk mencipta salah satu web 2.0. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan untuk set saya terdiri daripada 8 kumpulan. Saya merupakan ahli kumpulan 7 dan kami telah sebulat suara untuk menjual produk iaitu MasonJar Blender dengan menggunakan aplikasi Powtoons.



🌹MasonJar Blender🌹


Wednesday, 17 May 2017

Bicara Alumni

Assalamualaikum and hai gais!
😎😎😎😎😎

🌸Pada 30 April 2017- Ahad, satu bicara alumni telah diadakan di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas. Alumni yang telah dijemput oleh pihak kolej ialah Yang Berhormat Dato' Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan  menyambung Degree di UKM dalam bidang Marketing Business.

🌸Di dalam bicara tersebut, beliau menceritakan beberapa pengalaman, cabaran yang beliau tempuhi untuk memperoleh kejayaan yang beliau kecapi sekarang. Bagi beliau, setiap individu haruslah sentiasa berani untuk sentiasa melangkah ke hadapan. Kehidupan beliau di UKM banyak dihabiskan dalam bidang kepimpinan.

🌺Apabila kita menjadi seorang pemimpin, kita harus terima bahawa akan wujud orang yang membenci  dengan setiap perlakuan kita. Tidak mudah untuk memimpin orang lain kerana setiap orang mempunyai pendapat dan  cara pemikiran yang tersendiri. Oleh itu, pada pendapat beliau, kita harus berunding dan terima semua pendapat mahupun idea yang diberikan oleh ahli yang lain dan berfikir bagaimana untuk gabungkan ke semua idea tersebut menjadi satu.











Mobile computer and server


Assalamualaikum and hai gaiss!πŸ’•πŸ’•

Mobile computer- portable personal computer, designed so that a user easily can carry it from place to place. 

Type of mobile computer

1. Laptop - also called a notebook computer, is a thin, lightweight mobile computer with a screen in its lid and a keyboard in its base.

2. Tablet - is a thin, lighter-weight mobile computer that has a touch screen.

3. Handheld computer - a computer small enough to fit in one hand.

4. Desktop Computer - a personal computer designed to be in a stationary location, where all of its components fit on or under a desk or table.

Server - a computer dedicated to providing one or more services to other computers or devices on a network. 

Type of server - 1. Rack server
                          2. Blade server
                           3. Tower server

type of computer and mobile devices

type of server