Friday, 17 March 2017

Kemsis 2016 :)

Assalamualaikum and hai gaissπŸ˜„πŸ‘‹

πŸ’‹πŸ’‹So untuk entry kali ni saya nak ceritakan lagi pengalaman saya ketika menyertai kem siswa siswi yang dianjurkan oleh fakulti saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm, Bangi. Untuk pengetahuan readers, kemsis ini sentiasa dianjurkan oleh pihak majlis tertinggi FEP iaitu PMFEP ketika kemasukan baharu pelajar tahun 1. Kemsis ini hanya boleh disertai oleh pelajar tahun 1 sahaja. Tujuan kemsis ini dianjurkan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar tahun 1 merapatkan lagi silaturahim antara PMFEP  serta memberi pendedahan yang lebih detail lagi kepada siswa siswi baru. Kem ini dijalankan selama 3 hari iaitu dari 14 oktober sehingga 16 oktoberπŸ™‰πŸ™‰. Pelbagai aktiviti dan pengalaman yang telah kami tempuhi bersama iaitu ice breaking, jungle trekking, explorace. Setiap aktiviti tersebut haruslah dilakukan bersama sama dengan ahli kumpulan. Kami menggunakan nama haiwan untuk setiap kumpulan dan kumpulan saya diberi nama cengkerik haha:)πŸ‘Ό. Dan untuk setiap kumpulan pula haruslah mempunyai cheers sendiri haha. Saya masih ingat lagi cheers kumpulan kami hahahah. cheers kami berbunyi begini "cengkerik, cengkerik eh eh up up 7 up cengkerik dont give up. hahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. video ketika kami melakukan cheers dah hilang dari phone saya, Kalau tidak boleh la saya kongsikan kepada readers. Best sangat. Okay tu masa hari pertama kami disana. Lebih kepada ice breaking la. Then untuk hari kedua kami berjungle trekking. Fuh! agak penat juga la. ya laa seluruh hutan tu kami jelajahπŸ˜“. Dah la luas plus besar pula hutan tu. Yang menariknya dalam hutan tu, ada air terjun yang sangat cantik sekali. And for the last day, kami melakukan aktiviti explorace. Memang terbaik la aktiviti ini. Saya tak ingat kumpulan saya memperoleh no berapa tapi yang pastinya kumpulan kami mendapat hamper sebagai hadiah haha.πŸ’‹

inilah kumpulan saya, cengkerik πŸ’–πŸ’–

ketika kami habis aktiviti jungle trekkingπŸ˜€πŸ˜

ini pon sama. ketika habis jungle trekking πŸ’—










No comments:

Post a Comment