Sunday, 26 March 2017
KNS Creative Sdn Bhd
Assalamualaikum and hai guys!
🐙🐙Pada hari khamis yang lepas (23/4/2017), saya telah menghadiri talk yang kedua yang dianjurkan oleh citra asas usahawan dan inovasi iaitu dengan tajuk utama talk tersebut ialah tips pemasaran produk yang ingin dijual. Talk ini telah disampaikan oleh pemilik syarikat KNS Creative Sdn Bhd iaitu Tuan Khalid Bin Hj Lambak. Untuk pengetahuan readers, produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah perabot yang berkualiti kepada masyarakat. Keuntungan yang dijana oleh syarikat ini adalah meningkat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, mari saya kongsikan kepada semua readers yang mungkin ingin cuba berjinak jinak dalam bidang perniagaan. Antara tips tersebut ialah 4P.
Apa itu 4P? 4P ialah Product, Price, Promotion, Place.
🍕Product. kita kena pilih produk yang betul betul diminta ataupun digemari oleh masyarakat.
🍤 Price, harga yang diletakkan haruslah selari dengan produk. Contohnya. jika kita ingin mengeluarkan aloe vera mask. Harga yang diletakkan haruslah sepadan dengan produk dan pelanggan bagi produk tersebut. Bagi aloe vera mask selalunya dibeli oleh pelanggan remaja oleh itu, pertimbangan terhadap perletakkan harga haruslah diambilkira.
🍳 Promotion pula bermaksud bagaimana sesuatu produk itu dipasarkan. Contoh, bagi aloe vera mask yang dibeli oleh remaja, jadi mungkin cara promosi tersebut boleh dilakukan melalui media massa seperti whatsapp. wechat, facebook, twitter, instagram dan sebagainya.
🍗 P yang terakhir sekali ialah Place dimana tempat produk ini harus dipasarkan. Contohnya di kawasan bandar yang mempunyai pelbagai status masyarakat di kawasan tersebut.

No comments:
Post a Comment