Assalamualaikum and hai gaisss!💖
🍩Harini saya nak share serba sedikit pengalaman saya ketika menjadi sukarelawan di Hari Karnival Sekolah Kebangsaan Jalan 6. Buat pengetahuan readers semua, sekolah ni dekat ja dengan UKM. Dalam 5 minit dah sampai😉
🍣Hari Karnival tersebut dijalankan selama 2 hari iaitu dari 8 April (Sabtu) dan 9 April (Ahad) dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Terdapat banyak aktiviti dan gerai jualan yang dibuka di sekitar kawasan sekolah tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah swimming pool, bike racing, flying fox, rumah hantu dan macam macam lagi. Saya telah bertugas di salah satu gerai jualan di situ iaitu gerai jualan keropok lekor dan satay ikan.
🍬Antara serba sedikit pertolongan yang dapat saya berikan ialah dengan mengoreng keropok lekor dan membakar satay ikan. Ia merupakan pengalaman yang baru buat saya kerana pada hari tersebut, saya bersama rakan rakan yang lain harus berdiri selama 2 hingga 3 jam untuk membakar satay ikan tersebut. Pelanggan yang datang ke gerai ini juga tidak kurang ramainya.
No comments:
Post a Comment