Assalamualaikum and hai gais!
πππππ
πΈPada 30 April 2017- Ahad, satu bicara alumni telah diadakan di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas. Alumni yang telah dijemput oleh pihak kolej ialah Yang Berhormat Dato' Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan menyambung Degree di UKM dalam bidang Marketing Business.
πΈDi dalam bicara tersebut, beliau menceritakan beberapa pengalaman, cabaran yang beliau tempuhi untuk memperoleh kejayaan yang beliau kecapi sekarang. Bagi beliau, setiap individu haruslah sentiasa berani untuk sentiasa melangkah ke hadapan. Kehidupan beliau di UKM banyak dihabiskan dalam bidang kepimpinan.
πΊApabila kita menjadi seorang pemimpin, kita harus terima bahawa akan wujud orang yang membenci dengan setiap perlakuan kita. Tidak mudah untuk memimpin orang lain kerana setiap orang mempunyai pendapat dan cara pemikiran yang tersendiri. Oleh itu, pada pendapat beliau, kita harus berunding dan terima semua pendapat mahupun idea yang diberikan oleh ahli yang lain dan berfikir bagaimana untuk gabungkan ke semua idea tersebut menjadi satu.


No comments:
Post a Comment