Friday, 10 March 2017

KarsuFep 2.0






Hai guys! hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika menjadi ajk pendaftaran KarsuFep 2.0, Mesti anda semua tertanya tanya kan apa benda la karsufep 2.0 ni haha. Karsufep 2.0 ini merupakan karnival sukan yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, 2.0 tu pulak sebab dah 2 kali karnival ini dijalankanπŸ˜€. Karsufep ni berlangsung selama 4 hari iaitu dari 4 Mac hingga 7 Mac. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak kami seperti bowling, mini funfair, senaman 4s, futsal, netball dan macam macam lagi. Sebelum aktiviti ini dijalankan kami terpaksa berkampung di FEP bagi menyiapkan segala persiapan yang tertangguh. Seperti yang telah saya tulis tadi,saya merupakan ajk pendaftaran bagi karnival ini.😎 Oleh itu, antara aktiviti yang saya bertanggungjawab untuk menjaga bahagian pendaftaran adalau senaman 4s dan bowling. Bagi aktiviti bowling, seramai 14 kumpulan yang bertanding di bangi gateway. Ahli kumpulan yang bertanding semuanya merupakan warga UKM. Tidak kira sama ada pelajar mahupun lecture turut sama sama menjayakan aktiviti ini berlangsung. Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas semua sokongan anda dalam menjayakan karsufep ini. Pelbagai pengalaman dan  rakan baharu yang saya peroleh dalam menyertai program ini.πŸ’•πŸ’–πŸ’“




ini merupakan gambar official setiap ahli kumpulan kami haha. 😎
gambar ketika saya dan rakan rakan bertugas menjaga pendaftaran bowling yang berlangsung di bangi gateaway 😊😊

ini merupakan gambar ketika saya menjaga pendaftaran bagi  senaman 4s yang berlangsung di dewan gemilang ukm
bangi😁😁





























No comments:

Post a Comment