Friday, 24 March 2017

Nationwide Express


Hai gais! 
๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹Untuk entry kali ni, saya nak share sikit talk yang telah saya hadiri di UKM, Bangi mengenai syarikat Nationwide Express.Actually, talk yang saya hadiri ini merupakan talk untuk citra asas usahawan & inovasi. Oleh itu, pemilik bagi syarikat ini telah dijemput untuk share sedikit tips bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya. Saya yakin ramai rakyat Malaysia pernah menggunakan perkhidmatan syarikat ini. Dan mungkin terdapat sebilangan masyarakat yang tidak mengetahui langsung kewujudan syarikat ini. Oleh itu, mari kongsikan serba sedikit latar belakang mengenai syarikat ini.

๐ŸŒบ Dimiliki oleh Cik Rozilawati Tan Sri Haji Basir
๐ŸŒณ Merupakan syarikat yang memberikan perkhidmatan kurier dengan harha yang berpatutan.
๐ŸŒบ Berkolaborasi dengan pejabat pos, tabung haji.
๐ŸŒณ Mempunyai 100 lesen terhadap syarikat.
๐ŸŒบ Mempunyai lebih dari 300 truck yang digunakan untuk menghantar kurier.
๐ŸŒณ 33 tahun berkembang tanpa henti.
๐ŸŒบ Dalam proses untuk melancarkan cara perkhidmatan yang baru, iaitu menggunakan dron untuk menghantar kurier kepada pelanggan

Disini kita boleh lihat, Nationwide Express ini merupakan syarikat yang sangat hebat. Pencapaian yang dicapai oleh syarikat ini dari semasa ke semasa sangat menakjubkan. Oleh itu, antara tips yang diberikan oleh Cik Rose untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah :
  • sentiasa untuk berani mengambil risiko.
  • sentiasa rendah diri
  • berani membuat keputusan
  • sentiasa mencari dan terus mencari knowledge agar menjadi seorang leader yang terbaik buat syarikat
  • tegas dalam melakukan keputusan
  • integeriti merupakan sikap yang paling penting dalam melahirkan pekerja yang efisyen.


No comments:

Post a Comment