Assalamualaikum and hai gais! 😆
Pada 30 March 2017 iaitu pada hari Khamis, saya telah menghadiri satu bicara perdana oleh naib canselor UKM, yang bertempat di DECTAR bermula pada pukul 8.30 hingga 11.45 pagi.
* Tujuan bicara ini diadakan adalah untuk membuka minda mahasiswa terhadap kehebatan UKM dalam melahirkan graduan yang berintelektual tinggi.
* "Kebitaraan untuk kecermelangan" merupakan satu slogan yang sering diperkatakan oleh naib canselor Universiti Kenbangsaan Malaysia iaitu Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.
* Apakah yang dimaksudkan oleh slogan tersebut ? Ia bermaksud bagaimana kita mencipta sesuatu dengan cara yang berbeza iaitu luar biasa dengan mencipta bentuk kelaziman dari satu generasi ke generasi.
*Jangan takut untuk menjadi universiti yang berinovasi. Jikalau kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru, maka kita tidak akan mampu untuk melangkah ke hadapan.
Antara kelaziman yang telah dicipta oleh pihak Universiti Kenbangsaan Malaysia ialah :
🍬700 kursus citra dalam almost 3 tahun dijalankan. Jika dibandingkan dengan dahulu, semuanya wajib fakulti, wajib jabatan. tetapi sekarang semua mahasiswa ukm boleh membuat pilihan untuk memilih subjek citra dari fakulti sendiri atau fakulti lain.
🍬Mencipta jaringan dan keserjanaan yang hebat iaitu dengan membuat program intensif, penyelidikan bersama antara fakulti. Contohnya, Tasik Chini pada dahulunya hampir mati, namun hasil penyelidikan yang dibuat oleh pensyarah ukm, tasik itu dapat dihidupkan semula.
🍬Sime Darby hampir menawarkan atau melaburkan RM 30 Juta kepada ukm kerana tawaran kita dalam bidang penyelidakan kepada mereka. Contohnya, penyelidikan FROM WASTE TO WEALTH.
🍬Mendokong integrasi asean. 45 rakan kerjasama antara asean.

No comments:
Post a Comment