Saturday, 29 April 2017

Bicara TN50

Assalamualaikum and hai semuaaa!😇





🍭Pada 17 April 2017 iaitu hari ahad, saya telah menghadiri satu perjumpaan iaitu Bicara TN50 yang dianjurkan oleh pihak Kolej Keris Mas di Dewan Besar KKM. Bicara ini disampaikan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Haji Ibrahim.

🍬Seperti yang kita semua sedia maklum , TN50 bermaksud Tranformasi Nasional 2050. Apakah TN50? TN50 merupakan Malaysia untuk merayakan kejayaan 60 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka. Bermula dengan serba kekurangan dan dalam ketidaktentuan, kita telah berkembang dengan begitu ketara sekali.

🍭Fokus utama transformasi ini ialah kepada anak muda kerana anak muda merupakan pemangkin negara pada masa hadapan. Sikap anak muda sekarang yang terlampau dimanjakan dengan hiburan🎶. Mereka sememangnya kurang memikirkan tentang masa hadapan negara.

🍬Selain itu. integriti dalam perpaduan.Seperti yang kita maklum, Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai kebudayaan dan perayaan agama. Oleh itu, bersatu padu tanpa mengira kaum adalah sangat dititikberatkan.👪

No comments:

Post a Comment