Tuesday, 4 April 2017

Digital security risks

Assalamualaikum and hai gaiss! 💜

💋💋 Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik yang telah saya pelajari di dalam subjek aplikasi komputer iaitu digital security risks. Apa benda la digital security risks tu kan.

💦💦So, digital security risks ataupun dalam bahasa melayunya ialah risiko keselamatan komputer ialah  keadaan atau tindakan yang boleh menyebabkan kehilangan atau kerosakan kepada komputer atau peranti mudah alih perkakasan, perisian, data, maklumat, atau keupayaan pemprosesan.

💦💦Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang yang melibatkan komputer atau berkaitan dengan peranti umumnya disebut sebagai jenayah komputer.

Antara jenayah komputer tersebut ialah :

💣Hacker - seseorang yang, dengan pengetahuan teknikal mereka, menggunakan bug atau eksploitasi untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer.

💣Cracker - seseorang yang bertujuan untuk melanggar pertahanan dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem komputer atau rangkaian

💣Script Kiddie - individu tidak mahir yang menggunakan skrip atau program yang dibangunkan oleh orang lain untuk menyerang sistem komputer dan rangkaian dan mencacatkan laman web.

💣Corporate spies - individu yang menjadi spy bagi sesebuah syarikat korporat.

💣Unethical employee - pekerja yang tidak beretika dalam penggunaan program komputer.

💣Cyberextortionist- adalah satu kesalahan jenayah untuk mendapatkan wang, harta, atau perkhidmatan daripada individu atau institusi, melalui paksaan.

💣Cyberterrorist - penggunaan internet untuk menjalankan tindakan ganas yang menyebabkan atau mengancam kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh badan yang ketara untuk mencapai keuntungan politil melalui ugutan.

No comments:

Post a Comment