Monday, 29 May 2017

Dinner KKM

Assalamualaikum and hai gais!!!


πŸ‘šSo selalunya di hujung semester pengajian, kesemua kolej yang terdapat di dalam UKM akan menganjurkan dinner kepada warga kolej masing-masing. Begitu jugalah kolej saya yang tercinta iaitu Kolej Keris Mas. Dinner bagi kolej kami telah dijalankan selama 2 hari iaitu hari Selasa (junior night) dan Rabu (senior night).


πŸ’„Persiapan dinner telah diuruskan oleh para ajk yang terlibat iaitu MG2KM. Tema dinner kami ialah bollywood dan pada malam tersebut kesemua bangsa KKM kelihatan sangat bergaya sekali. Pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan menepati selera.

πŸ‘›Pada pendapat saya, dinner ini tersangatlah gempak dan menarik sekali. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ajk yang bertungkus lumus untuk menjayakan dinner kkm ini.



Pitching Entrepreneurship & Innovation

Assalamualaikum and hai gaiss!!
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

πŸ™‰Pada 11 Mei iaitu Ahad, satu pertandingan pitching entrepreneurship & innovation telah dijalankan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) anjuran citra asas keusahawanan dan inovasi. Peserta bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada kumpulan kumpulan yang berjaya mewakili fakulti masing- masing di UKM.

πŸ™‰Mereka telah mempersembahkan produk atau perkhidmatan yang direka oleh mereka sendiri. Kesemua peserta bertanding dengan penuh bersemangat sekali. Di awal pagi pada hari tersebut, pameran poster bagi setiap kumpulan dipamerkan di lobi DECTAR.

πŸ™‰Kumpulan saya tidak berjaya untuk mewakili fakulti, oleh itu pada hari tersebut kami hanya menjadi penonton dan penyokong sahaja. Kumpulan yang menang akan dibawa terbang ke Paris untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan mereka pula disana.


Graduate training service

Assalamualaikum and hai gaiss!!
πŸ’–πŸ’•πŸ’˜πŸ’—πŸ’“πŸ’πŸ’ŸπŸ’ž

🐌Graduate Training Service (GTS)  merupakan salah satu projek yang ingin dilakukan oleh kumpulan kami iaitu 360 BHD.

🍬GTS ini merupakan sebuah perkhidmatan yang diberikan kepada pekerja yang baru bekerja di sesebuah syarikat. Tujuan perkhidmatan ini ditawarkan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti pekerja dalam melakukan pekerjaan di samping memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu tentang pro and cons di alam pekerjaan.

🍬Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh syarikat kami iaitu dari segi outdoor dan indoor. Oleh itu, ayuh sertai kami!







Saturday, 20 May 2017

Access

Assalamualaikum and hai gaiss!! 
πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜ŽπŸ˜„



πŸ’Pada entry kali ini saya nak share tentang cara penggunaan Access. Access ini merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam Microsoft Office. Cara penggunaannya seakan akan Excel tetapi cara penggunaan sistem ini lebih terperinci kerana terdapat relationship antara satu table dengan table yang lain. Tetapi maklumat yang boleh disimpan di dalam Access ini adalah lengkap.

πŸ’Seterusnya, aplikasi ini hanyalah digunakan oleh syarikat syarikat yang besar yang mempunyai ramai rakan kongsi, pekerja dan pelanggan.

πŸ’Oleh itu, saya sediakan link di bawah yang telah diajarkan oleh Lecture saya untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menggunakan aplikasi ini.
 Selamat Mencuba! 😎

πŸ€Access Part 1πŸ€
🌿Access Part 2🌿



Web 2.0

Assalamualaikum and hai gaiss!!😍😍😍

🐧Web 2.0 menerangkan dunia laman web Wide Web yang menekankan kandungan yang dijana oleh pengguna, kebolehgunaan kemudahan penggunaan walaupun daripada bukan pakar dan laman web ini boleh bekerja dengan baik dengan produk lain, sistem dan peranti untuk pengguna akhir.

🐧Web 2.0 ini selali digunakan oleh pengguna untuk mempromosikan produk dan mengajar masyarakat tentang sesuatu perkara. Web ini terdiri daripada beberapa aplikasi iaitu Powtoons, Pretzi, Video Scribe dan Screencast-O-Matic.

🐧Ini merupakan salah satu task yang diberikan oleh lecture saya iaitu Pn Rohizah, untuk mencipta salah satu web 2.0. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan untuk set saya terdiri daripada 8 kumpulan. Saya merupakan ahli kumpulan 7 dan kami telah sebulat suara untuk menjual produk iaitu MasonJar Blender dengan menggunakan aplikasi Powtoons.



🌹MasonJar Blender🌹


Wednesday, 17 May 2017

Bicara Alumni

Assalamualaikum and hai gais!
😎😎😎😎😎

🌸Pada 30 April 2017- Ahad, satu bicara alumni telah diadakan di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas. Alumni yang telah dijemput oleh pihak kolej ialah Yang Berhormat Dato' Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan  menyambung Degree di UKM dalam bidang Marketing Business.

🌸Di dalam bicara tersebut, beliau menceritakan beberapa pengalaman, cabaran yang beliau tempuhi untuk memperoleh kejayaan yang beliau kecapi sekarang. Bagi beliau, setiap individu haruslah sentiasa berani untuk sentiasa melangkah ke hadapan. Kehidupan beliau di UKM banyak dihabiskan dalam bidang kepimpinan.

🌺Apabila kita menjadi seorang pemimpin, kita harus terima bahawa akan wujud orang yang membenci  dengan setiap perlakuan kita. Tidak mudah untuk memimpin orang lain kerana setiap orang mempunyai pendapat dan  cara pemikiran yang tersendiri. Oleh itu, pada pendapat beliau, kita harus berunding dan terima semua pendapat mahupun idea yang diberikan oleh ahli yang lain dan berfikir bagaimana untuk gabungkan ke semua idea tersebut menjadi satu.











Mobile computer and server


Assalamualaikum and hai gaiss!πŸ’•πŸ’•

Mobile computer- portable personal computer, designed so that a user easily can carry it from place to place. 

Type of mobile computer

1. Laptop - also called a notebook computer, is a thin, lightweight mobile computer with a screen in its lid and a keyboard in its base.

2. Tablet - is a thin, lighter-weight mobile computer that has a touch screen.

3. Handheld computer - a computer small enough to fit in one hand.

4. Desktop Computer - a personal computer designed to be in a stationary location, where all of its components fit on or under a desk or table.

Server - a computer dedicated to providing one or more services to other computers or devices on a network. 

Type of server - 1. Rack server
                          2. Blade server
                           3. Tower server

type of computer and mobile devices

type of server






Sunday, 14 May 2017

Coca Cola KU

Assalamualaikum and hai gaisss😊😊


🍸Pada hari Sabtu- 13 Mei 2017, suatu program telah dijalankan di Kolej Keris Mas iaitu Coca Cola Komuniti Usahawan (Coca Cola KU) dan berkolaborasi dengan KPDNKK. Penyertaan program ini amat memberangsangkan. Seramai 800+ penyertaan dari pihak luar dan pihak kkm serta pelajar pelajar.

🍷Makanan, minuman serta modul pembelajaran perniagaan yang percuma disediakan oleh mereka.
Pada pendapat saya, modul yang disediakan amat berguna sekali kerana kami diberi pencerahan tentang cara cara untuk memulakan perniagaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Untuk sesi modul pembelajaran, kesemua peserta dibahagikan kepada 5 buah bilik iaitu bilik konvensyen, bilik seminar 1,2,3,4.

🍲Saya telah menjadi Urusetia bagi program ini. Sebelum tibanya hari program, kami telah dibahagikan kepada beberapa post seperti post ttk, jamuan, cenderamata, protokol, program dan teknikal. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun banyak tugasan yang perlu dibuat seperti set up setiap bilik yang akan digunakan, tetapi ini merupakan pengalaman yang bermakna.




Sunday, 30 April 2017

Vagrent Agent

Assalamualaikum and hai semuaaa!🌷




🌸Pada entry kali ini, saya nak kongsikan serba sedikit idea yang telah kami, kumpulan 360 BHD hasilkan untuk citra asas usahawan dan inovasi iaitu Vagrent Agent.

Vagrent Agent merupakan sebuah agensi yang dapat membantu gelandangan untuk memperoleh perkerjaan dan dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan lebih baik. Seperti yang kita sedia maklum, gelandangan ini merupakan sekumpulan atau individu yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.

🌸Oleh itu, kami sekumpulan bercadang untuk membuka agensi ini supaya kami dapat membantu mereka untuk mendapat pekerjaan sekaligus tempat tinggal. Kami merasakan bahawa idea ini adalah selaras dengan sosial bisnes yang dapat membantu masyarakat untuk mempertingkatkan lagi taraf kehidupan mereka dan hal ini seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.







Larian c2x

Assalamualaikum and hai gaiss!πŸ’‹

πŸ—Pada hari ini iaitu 30 April 2017, Ahad, saya telah menyertai satu program anjuran citra sosialisasi sukan kolej keris mas iaitu Campus to Explore (c2x). Larian ini bermula pada pukul 7:45 pagi hingga 9 pagi. Penyertaan peserta adalah seramai 600 orang termasuklah warga kkm, ukm, luar dan juga foreigner. 

πŸ–Terdapat 2 kategori larian iaitu 5 km dan 12 km. Track larian yang kami gunakan adalah di sekitar kawasan UKM. Garisan permulaan dan pengakhiran adalah di kolej keris mas (kkm). Larian ini juga mendapat liputan secara langsung di berita utama TV1. 

πŸ—Alhamdulillah, perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan semua peserta termasuklah saya, berjaya menghabiskan larian dengan jayanya. Congrats untuk diri sendiri yeayy!✌








Saturday, 29 April 2017

Bicara TN50

Assalamualaikum and hai semuaaa!πŸ˜‡





🍭Pada 17 April 2017 iaitu hari ahad, saya telah menghadiri satu perjumpaan iaitu Bicara TN50 yang dianjurkan oleh pihak Kolej Keris Mas di Dewan Besar KKM. Bicara ini disampaikan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Haji Ibrahim.

🍬Seperti yang kita semua sedia maklum , TN50 bermaksud Tranformasi Nasional 2050. Apakah TN50? TN50 merupakan Malaysia untuk merayakan kejayaan 60 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka. Bermula dengan serba kekurangan dan dalam ketidaktentuan, kita telah berkembang dengan begitu ketara sekali.

🍭Fokus utama transformasi ini ialah kepada anak muda kerana anak muda merupakan pemangkin negara pada masa hadapan. Sikap anak muda sekarang yang terlampau dimanjakan dengan hiburan🎢. Mereka sememangnya kurang memikirkan tentang masa hadapan negara.

🍬Selain itu. integriti dalam perpaduan.Seperti yang kita maklum, Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Dengan kewujudan pelbagai kaum, kita mewarisi pelbagai kebudayaan dan perayaan agama. Oleh itu, bersatu padu tanpa mengira kaum adalah sangat dititikberatkan.πŸ‘ͺ

Grameen story

Assalamualaikum and hai gaiss!!😎

πŸ’‹So, pada entry yang lepas saya ada menceritakan serba sedikit latar belakang sosial bisnes. Oleh itu, pada entry kali ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang bersumberkan sosial bisnes iaitu The Grameen Story.

πŸ’‹Muhammad Yunus merupakan bapa kepada sosial bisnes. Beliau telah membuat inovasi terhadap sebuah produk iaitu yogurt yang mempunyai nutrisi yang tinggi.

πŸ’‹Hal ini kerana, beliau telah mendapati bahawa rakyat di Bangladesh tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup dan menyebabkan mereka senang untuk diserang pelbagai penyakit. Beliau telah mengambil seorang wanita miskin sebagai orang perantaraan untuk menjual produk beliau di setiap kawasan kampung.

🐻Grameen story🐻


Wednesday, 26 April 2017

Sukarelawan sosial

Assalamualaikum and hai gaisss!πŸ’–

🍩Harini saya nak share serba sedikit pengalaman saya ketika menjadi sukarelawan di Hari Karnival Sekolah Kebangsaan Jalan 6. Buat pengetahuan readers semua, sekolah ni dekat ja dengan UKM. Dalam 5 minit dah sampaiπŸ˜‰

🍣Hari Karnival tersebut dijalankan selama 2 hari iaitu dari 8 April (Sabtu) dan 9 April (Ahad) dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Terdapat banyak aktiviti dan gerai jualan yang dibuka di sekitar kawasan sekolah tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah swimming pool, bike racing, flying fox, rumah hantu dan macam macam lagi. Saya telah bertugas di salah satu gerai jualan di situ iaitu gerai jualan keropok lekor dan satay ikan.

🍬Antara serba sedikit pertolongan yang dapat saya berikan ialah dengan mengoreng keropok lekor dan membakar satay ikan. Ia merupakan pengalaman yang baru buat saya kerana pada hari tersebut, saya bersama rakan rakan yang lain harus berdiri selama 2 hingga 3 jam untuk membakar satay ikan tersebut. Pelanggan yang datang ke gerai ini juga tidak kurang ramainya.










Social Business

Assalamualaikum and hai gaiss!😁😁

Pada hari khamis lalu iaitu 20 April 2017, saya telah menghadiri satu talk bertajuk Zero Poverty  Job Creation yang disampaikan oleh Puan Nurfarini Daing.

Antara perisian di dalam talk ini ialah mengenai social business iaitu apabila kita melakukan sesuatu perniagaan sambil kita berkhidmat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita mengambil banduan ataupun gelandangan untuk bekerja di dalam perniagaan kita.

Di sini saya ingin berkongsi 7 prinsipal penting mengenai social business :

🐞 Business objective will  be to overcome poverty, or one or more problems which threaten people and society , not profit maximization.

🐞 Financial and economics sustainability.

🐞 Investors get back their investment amount only, no dividend is given beyond investment money.

🐞 When investment amount is paid back, company profit stays with the company for expansion and improvement.

🐞 Gender sensitive and environmentally conscious.

🐞 Environmentally conscious.

🐞 Workforce gets market wage with better working condition and gender equality.

🐞 Do it with joy !



Tuesday, 4 April 2017

Information Privacy

Assalamualaikum and hai gais! πŸ˜‰

Information Privacy merujuk kepada hak individu dan syarikat untuk menafikan atau menyekat pengumpulan, penggunaan dan penyebaran maklumat tentang mereka.

Sebenarnya, maklumat tentang anda boleh disimpan di dalam pangkalan data apabila anda mengisi dalam bentuk bercetak atau talian, membuat profil di rangkain sosial dalam talian dan mendaftar waranti produk.

Cookie merupakan fail teks kecil yang merupakan web server stores kepada komputer anda. Laman web menggunakan cookie untuk pelbagai sebab iaitu :

  1. membolehkan kegunaan peribadi
  2. menyimpan user name / password.
  3. membantu untuk membeli belah dalam online. 
  4. menjejaki kekerapan pengguna mengguna laman web.
  5. target advertisment.
Phishing - satu penipuan dimana pelaku yang menghantar satu mesej mencari e-mel rasmi yang cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi atau maklumat kewangan.

Spyware - satu program yang diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih tanpa pengetahuan pengguna dengan tujuan untuk mengumpul maklumat mengenai pengguna dan kemudian menyampai maklumat tersebut kepada beberapa sumber di luar.

Adware - merupakan suatu program yang memaparkan iklan online dalam tetingkap benner atau pop-up pada laman web, mesej e-mel, atau perkhidmatan internet yang lain.

Bicara perdana naib canselor Ukm 2017

Assalamualaikum and hai gais! πŸ˜†

Pada 30 March 2017 iaitu pada hari Khamis, saya telah menghadiri satu bicara perdana oleh naib canselor UKM, yang bertempat di DECTAR bermula pada pukul 8.30 hingga 11.45 pagi.

* Tujuan bicara ini diadakan adalah untuk membuka minda mahasiswa terhadap kehebatan UKM dalam melahirkan graduan yang berintelektual tinggi.

* "Kebitaraan untuk kecermelangan" merupakan satu slogan yang sering diperkatakan oleh naib canselor Universiti Kenbangsaan Malaysia iaitu Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.

* Apakah yang dimaksudkan oleh slogan tersebut ? Ia bermaksud bagaimana kita mencipta sesuatu dengan cara yang berbeza iaitu luar biasa dengan mencipta bentuk kelaziman dari satu generasi ke generasi.

*Jangan takut untuk menjadi universiti yang berinovasi. Jikalau kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru, maka kita tidak akan mampu untuk melangkah ke hadapan.

Antara kelaziman yang telah dicipta oleh pihak Universiti Kenbangsaan Malaysia ialah :

🍬700 kursus citra dalam almost 3 tahun dijalankan. Jika dibandingkan dengan dahulu, semuanya wajib fakulti, wajib jabatan. tetapi sekarang semua mahasiswa ukm boleh membuat pilihan untuk memilih subjek citra dari fakulti sendiri atau fakulti lain.

🍬Mencipta jaringan dan keserjanaan yang hebat iaitu dengan membuat program intensif, penyelidikan bersama antara fakulti. Contohnya, Tasik Chini pada dahulunya hampir mati, namun hasil penyelidikan yang dibuat oleh pensyarah ukm, tasik itu dapat dihidupkan semula.

🍬Sime Darby hampir menawarkan atau melaburkan RM 30 Juta kepada ukm kerana tawaran kita dalam bidang penyelidakan kepada mereka. Contohnya, penyelidikan FROM WASTE TO WEALTH.

🍬Mendokong integrasi asean. 45 rakan kerjasama antara asean.










Ethics and Society

Assalamualaikum and hai gais! πŸ’•

Pada entry kali ini, saya nak share sikit tentang etika dan masyarakat dalam penggunaan komputer.

πŸ‘‰Technology ethics/ Etika Teknologi adalah garis panduan moral yang mengawal penggunaan komputer, peranti mudah alih, sistem maklumat dan teknologi yang berkaitan.

πŸ‘‰Intellectual Property / Harta Intelek merujuk kepada kerja-kerja yang unik dan asli seperti idea ciptaan, seni, tulisan, logo adalah hak yang pencipta berhak untuk kerja mereka.

πŸ‘‰Digital Rights Management / Pengurusan Hak Digital (DRM) adalah satu strategi yang direka untuk mencegah pengedaran haram filem, muzik dan kandungan digital yang lain.

πŸ‘‰Code of Conduct / Tatakelakuan adalah garis panduan bertulis yang membantu menentukan sama ada spesifikasi adalah etika / tidak bertetika atau dibebarkan / tidak dibenarkan.

πŸ‘‰Green Computing / Pengkomputeran Hijau melibatkan pengurangan elektrik dan menjaga alam sekitar semasa menggunakan komputer, peranti mudah alih, dan teknologi yang berkaitan.




Digital security risks

Assalamualaikum and hai gaiss! πŸ’œ

πŸ’‹πŸ’‹ Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik yang telah saya pelajari di dalam subjek aplikasi komputer iaitu digital security risks. Apa benda la digital security risks tu kan.

πŸ’¦πŸ’¦So, digital security risks ataupun dalam bahasa melayunya ialah risiko keselamatan komputer ialah  keadaan atau tindakan yang boleh menyebabkan kehilangan atau kerosakan kepada komputer atau peranti mudah alih perkakasan, perisian, data, maklumat, atau keupayaan pemprosesan.

πŸ’¦πŸ’¦Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang yang melibatkan komputer atau berkaitan dengan peranti umumnya disebut sebagai jenayah komputer.

Antara jenayah komputer tersebut ialah :

πŸ’£Hacker - seseorang yang, dengan pengetahuan teknikal mereka, menggunakan bug atau eksploitasi untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer.

πŸ’£Cracker - seseorang yang bertujuan untuk melanggar pertahanan dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem komputer atau rangkaian

πŸ’£Script Kiddie - individu tidak mahir yang menggunakan skrip atau program yang dibangunkan oleh orang lain untuk menyerang sistem komputer dan rangkaian dan mencacatkan laman web.

πŸ’£Corporate spies - individu yang menjadi spy bagi sesebuah syarikat korporat.

πŸ’£Unethical employee - pekerja yang tidak beretika dalam penggunaan program komputer.

πŸ’£Cyberextortionist- adalah satu kesalahan jenayah untuk mendapatkan wang, harta, atau perkhidmatan daripada individu atau institusi, melalui paksaan.

πŸ’£Cyberterrorist - penggunaan internet untuk menjalankan tindakan ganas yang menyebabkan atau mengancam kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh badan yang ketara untuk mencapai keuntungan politil melalui ugutan.

Monday, 3 April 2017

Microsoft Powerpoint

Assalamualaikum and hai semua!πŸ‘‹

πŸŒ‘Pada entry saya yang lalu, saya ada mengongsikan sedikit tips/tutorial tentang cara penggunaan microsoft word dan excel. So, untuk harini saya ingin share pulak tentang microsoft powerpoint yang juga merupakan adik beradik or family kepada word dan excel kerana mereka berada di bawah satu package yang sama iaitu microsoft office.

πŸŒ’Walaupun powerpoint ini adik beradik kepada excel dan word, tetapi terdapat beberapa perbezaan dalam pengunaan software ini. Word dan excel selalunya digunakan untuk membuat tugasan office manakala powerpoint pula, kegunaanya adalah lebih kepada presentation ataupun slide show.

πŸŒ“Oleh itu, bagi yang baru ingin berjinak-jinak dalam penggunaan powerpoint ini, maka boleh la klik link di bawah ini yaa. Selamat Mencuba!





Sunday, 2 April 2017

Cesmed UKM

Assalamualaikum and hai guys! 😁

🍸Pada 26/3/2017 iaitu pada hari Ahad yang lalu. Saya telah menghadiri sebuah talk iaitu Peningkatan sosioekonomi melalui bidang keusahawanan yang bertempat di bilik konvensyen Kolej keris mas Ukm, Bangi. Talk ini bermula pada jam 8:45 hingga 1 PM.

🍸Talk ini dianjurkan oleh pihak CESMED UKM, iaitu sebuah platform yang ditubuhkan oleh ukm dengan tujuan untuk membantu masyarakat luar atau dalam ukm untuk menjadi usahawan yang berjaya. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CESMED ialah Program IT, Entreprenuer Carnival, Program 3D Printing, Mobiliti Student , Sportprenuer dan lain lain lagi. Menarik kan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CESMED ini? So, tunggu apa lagi, ayuh kita sama sama join platform iniπŸ’ͺπŸ’ͺ

Setelah menghadiri talk ini,  antara main point yang ingin saya kongsikan kepada semua readers ialah ciri-ciri usahawan yang berjaya.

πŸ‰ sentiasa melihat cahaya atau jalan keluar bila buntu
πŸ‰ tak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan
πŸ‰ berani mencuba sesuatu perkara yang baru
πŸ‰ rajin dan kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru






Sunday, 26 March 2017

KNS Creative Sdn Bhd




Assalamualaikum and hai guys!

πŸ™πŸ™Pada hari khamis yang lepas (23/4/2017), saya telah menghadiri talk yang kedua yang dianjurkan oleh citra asas usahawan dan inovasi iaitu dengan tajuk utama talk tersebut ialah tips pemasaran produk yang ingin dijual. Talk ini telah disampaikan oleh pemilik syarikat KNS Creative Sdn Bhd iaitu Tuan Khalid Bin Hj Lambak. Untuk pengetahuan readers, produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah perabot yang berkualiti kepada masyarakat. Keuntungan yang dijana oleh syarikat ini adalah meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, mari saya kongsikan kepada semua readers yang mungkin ingin cuba berjinak jinak dalam bidang perniagaan. Antara tips tersebut ialah 4P.

Apa itu 4P? 4P ialah Product, Price, Promotion, Place.

πŸ•Product. kita kena pilih produk yang betul betul diminta ataupun digemari oleh masyarakat.

🍀 Price, harga yang diletakkan haruslah selari dengan produk. Contohnya. jika kita ingin mengeluarkan aloe vera mask. Harga yang diletakkan haruslah sepadan dengan produk dan pelanggan bagi produk tersebut. Bagi aloe vera mask selalunya dibeli oleh pelanggan remaja oleh itu, pertimbangan terhadap perletakkan harga haruslah diambilkira.

🍳 Promotion pula bermaksud bagaimana sesuatu produk itu dipasarkan. Contoh, bagi aloe vera mask yang dibeli oleh remaja, jadi mungkin cara promosi tersebut boleh dilakukan melalui media massa seperti whatsapp. wechat, facebook, twitter, instagram dan sebagainya.

πŸ— P yang terakhir sekali ialah Place dimana tempat produk ini harus dipasarkan. Contohnya di kawasan bandar yang mempunyai pelbagai status masyarakat di kawasan tersebut.

Friday, 24 March 2017

Microsoft Excel

Assalamualaikum and hai gais! 

Pada entry saya yang lepas, saya ada kongsikan tutorial untuk beginner yang nak guna microsoft word. So untuk harini, saya nak kongsikan pula tutorial untuk microsoft excel. Microsoft Excel ni boleh dikatakan  adik beradik Microsoft Word la sebab software ni ada dalam package yang sama iaitu Microsoft Office seperti yang saya telah terangkan pada entry yang lepas. hehe😎. Oleh kerana software ini berada di dalam package yang sama seperti Microsoft Word, jadi version yang terdapat juga sama seperti word iaitu 2003, 2007 dan 2013.

🍟Even kedua dua software ni adik beradik, tapi mesti ada perbezaan juga terhadap pengunaanya. Macam kalau Microsoft Word, software ni more to document tapi Microsoft Excel ni lain sikit. Dia more tu pengiraan formula.🍩

πŸ‡Contohnya, macam nak kira gaji pekerja, score student dan pengiraan yang lain. Kita tak yah susah susah nak guna calculator untuk pengiraan markah or whatever. Just tekan formula yang telah wujud dalam software Microsoft Excel ini. Selain itu, terdapat lagi perbezaan yang lain . Oleh itu, saya akan kongsikan tutorial excel untuk semua reader guna sebagai panduan. Selamat Mencuba 😁😁






Nationwide Express


Hai gais! 
πŸ’‹πŸ’‹Untuk entry kali ni, saya nak share sikit talk yang telah saya hadiri di UKM, Bangi mengenai syarikat Nationwide Express.Actually, talk yang saya hadiri ini merupakan talk untuk citra asas usahawan & inovasi. Oleh itu, pemilik bagi syarikat ini telah dijemput untuk share sedikit tips bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya. Saya yakin ramai rakyat Malaysia pernah menggunakan perkhidmatan syarikat ini. Dan mungkin terdapat sebilangan masyarakat yang tidak mengetahui langsung kewujudan syarikat ini. Oleh itu, mari kongsikan serba sedikit latar belakang mengenai syarikat ini.

🌺 Dimiliki oleh Cik Rozilawati Tan Sri Haji Basir
🌳 Merupakan syarikat yang memberikan perkhidmatan kurier dengan harha yang berpatutan.
🌺 Berkolaborasi dengan pejabat pos, tabung haji.
🌳 Mempunyai 100 lesen terhadap syarikat.
🌺 Mempunyai lebih dari 300 truck yang digunakan untuk menghantar kurier.
🌳 33 tahun berkembang tanpa henti.
🌺 Dalam proses untuk melancarkan cara perkhidmatan yang baru, iaitu menggunakan dron untuk menghantar kurier kepada pelanggan

Disini kita boleh lihat, Nationwide Express ini merupakan syarikat yang sangat hebat. Pencapaian yang dicapai oleh syarikat ini dari semasa ke semasa sangat menakjubkan. Oleh itu, antara tips yang diberikan oleh Cik Rose untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah :
  • sentiasa untuk berani mengambil risiko.
  • sentiasa rendah diri
  • berani membuat keputusan
  • sentiasa mencari dan terus mencari knowledge agar menjadi seorang leader yang terbaik buat syarikat
  • tegas dalam melakukan keputusan
  • integeriti merupakan sikap yang paling penting dalam melahirkan pekerja yang efisyen.


Microsoft word

Assalamualaikum and Good evening to all my readers. πŸ’–

😍So untuk entry kali ni saya nak berkongsi tutorial tentang cara pengunaan microsoft word. Dalam era sekarang, saya pasti  semua orang biasa menggunakan microsoft word. Even budak sekolah rendah sekarang pon dah start belajar tentang cara penggunaannya. So, apa itu microsoft word ? πŸ’ Microsoft word ini merupakan word processing software yang membolehkan pengguna untuk create ataupun edit document yang ingin dikeluarkan. Kebiasaannya, software ini dijual sekali dengan pakej microsoft office, tetapi terdapat juga microsoft word yang dijual secara berasingan.⌛ Dibangunkan oleh microsoft pada 25 Oktober 1983. Terdapat pelbagai kegunaan di dalam microsoft ini seperti mail merge, bookmark, hyperlink, wordart dan sebagainya. Software ini boleh digunakan dalam pelbagai versioan iaitu version 2003,2007, 2010 dan yang paling latest 2013. Perbezaan di antara version version ini tidak banyak, cuma sekadar animation, theme ataupun layout. Oleh itu, untuk memudahkan readers belajar dengan lebih mendalam lagi tentang software ini, saya sertakan link tutorial di bawah. Selamat Mencuba yaa  πŸ˜ƒ





Friday, 17 March 2017

Kemsis 2016 :)

Assalamualaikum and hai gaissπŸ˜„πŸ‘‹

πŸ’‹πŸ’‹So untuk entry kali ni saya nak ceritakan lagi pengalaman saya ketika menyertai kem siswa siswi yang dianjurkan oleh fakulti saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm, Bangi. Untuk pengetahuan readers, kemsis ini sentiasa dianjurkan oleh pihak majlis tertinggi FEP iaitu PMFEP ketika kemasukan baharu pelajar tahun 1. Kemsis ini hanya boleh disertai oleh pelajar tahun 1 sahaja. Tujuan kemsis ini dianjurkan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar tahun 1 merapatkan lagi silaturahim antara PMFEP  serta memberi pendedahan yang lebih detail lagi kepada siswa siswi baru. Kem ini dijalankan selama 3 hari iaitu dari 14 oktober sehingga 16 oktoberπŸ™‰πŸ™‰. Pelbagai aktiviti dan pengalaman yang telah kami tempuhi bersama iaitu ice breaking, jungle trekking, explorace. Setiap aktiviti tersebut haruslah dilakukan bersama sama dengan ahli kumpulan. Kami menggunakan nama haiwan untuk setiap kumpulan dan kumpulan saya diberi nama cengkerik haha:)πŸ‘Ό. Dan untuk setiap kumpulan pula haruslah mempunyai cheers sendiri haha. Saya masih ingat lagi cheers kumpulan kami hahahah. cheers kami berbunyi begini "cengkerik, cengkerik eh eh up up 7 up cengkerik dont give up. hahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. video ketika kami melakukan cheers dah hilang dari phone saya, Kalau tidak boleh la saya kongsikan kepada readers. Best sangat. Okay tu masa hari pertama kami disana. Lebih kepada ice breaking la. Then untuk hari kedua kami berjungle trekking. Fuh! agak penat juga la. ya laa seluruh hutan tu kami jelajahπŸ˜“. Dah la luas plus besar pula hutan tu. Yang menariknya dalam hutan tu, ada air terjun yang sangat cantik sekali. And for the last day, kami melakukan aktiviti explorace. Memang terbaik la aktiviti ini. Saya tak ingat kumpulan saya memperoleh no berapa tapi yang pastinya kumpulan kami mendapat hamper sebagai hadiah haha.πŸ’‹

inilah kumpulan saya, cengkerik πŸ’–πŸ’–

ketika kami habis aktiviti jungle trekkingπŸ˜€πŸ˜

ini pon sama. ketika habis jungle trekking πŸ’—










Saturday, 11 March 2017

Persembahan Seni ^.^

video diatas merupakan video yang sering menjadi panduan buat kami sekumpulanπŸ’ƒπŸ’ƒ


Assalamualaikum and good night gaiss haha. Goodnight la sebab buat malam kan. So topik harini memang salah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan haha. Pengalaman manis sebenarnya.πŸ˜ƒ Okay, apa yang readers semua tahu mengenai persembahan seni. Persembahan seni tu segala jenis persembahan yang melibatkan seni tarian, lakonan, muzik dan sebagainya. Persembahan seni merupakan salah satu citra yang telah dianjurkan oleh pihak kolej keris mas. Jadi semua penghuni kolej keris mas wajib mendaftar 2 daripada semua citra yang dianjurkan dan saya sebagai salah seorang penghuni kolej tersebut telah mendaftar 2 citra dan salah satunya adalah persembahan seni. Citra ini sememangnya merupakan salah satu medium untuk para pelajar mempelajari pelbagai bidang. Okay, kembali pada topik yang asal.πŸ˜‰ Oleh kerana saya mendaftar citra ini, jadi di akhir semester, pada hari inovasi citra, saya bersama ahli kumpulan dan kumpulan yang lain haruslah memasuki pertandingan persembahan seni anjuran citra tersebut, kami diarahkan untuk membuat persembahan iaitu tarian ataupun nyanyian dan haruslah bertanding dengan kumpulan yang lain bagi mendapat tempat pertama kedua ataupun ketiga. Alhamdulillah. Rezeki berpihak kepada kami kerana kami mendapat tempat ketiga bagi pertandingan tersebut.😁😁😁. Kami telah menggabungkan nyanyian dengan tarian dengan memilih lagu rossa pudar untuk dipertandingkan. Saya bersama ahli kumpulan sentiasa bertungkus lumus berlatih serta menghafal step step yang telah dibincangkan antara kami. Sebelum ini, saya memang tidak pernah memasuki apa apa pertandingan yang melibatkan nyanyian ataupun tarian. Jadi citra yang telah dianjurkan oleh kolej saya sememangnya membantu dalam menambah lagi kemahiran yang lain. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan kepada pihak kolej πŸ˜„πŸ’—


ini merupakan semua ahli kumpulan saya. seramai 10 orangπŸ’–

sejam sebelum memulakan persembahan, dup dap dup dapπŸ’“

alhamdulillah, kami mendapat tempat ke-3. muka seronok semuanya hahaπŸ‘ΈπŸ˜†







Friday, 10 March 2017

KarsuFep 2.0






Hai guys! hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika menjadi ajk pendaftaran KarsuFep 2.0, Mesti anda semua tertanya tanya kan apa benda la karsufep 2.0 ni haha. Karsufep 2.0 ini merupakan karnival sukan yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, 2.0 tu pulak sebab dah 2 kali karnival ini dijalankanπŸ˜€. Karsufep ni berlangsung selama 4 hari iaitu dari 4 Mac hingga 7 Mac. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak kami seperti bowling, mini funfair, senaman 4s, futsal, netball dan macam macam lagi. Sebelum aktiviti ini dijalankan kami terpaksa berkampung di FEP bagi menyiapkan segala persiapan yang tertangguh. Seperti yang telah saya tulis tadi,saya merupakan ajk pendaftaran bagi karnival ini.😎 Oleh itu, antara aktiviti yang saya bertanggungjawab untuk menjaga bahagian pendaftaran adalau senaman 4s dan bowling. Bagi aktiviti bowling, seramai 14 kumpulan yang bertanding di bangi gateway. Ahli kumpulan yang bertanding semuanya merupakan warga UKM. Tidak kira sama ada pelajar mahupun lecture turut sama sama menjayakan aktiviti ini berlangsung. Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas semua sokongan anda dalam menjayakan karsufep ini. Pelbagai pengalaman dan  rakan baharu yang saya peroleh dalam menyertai program ini.πŸ’•πŸ’–πŸ’“




ini merupakan gambar official setiap ahli kumpulan kami haha. 😎
gambar ketika saya dan rakan rakan bertugas menjaga pendaftaran bowling yang berlangsung di bangi gateaway 😊😊

ini merupakan gambar ketika saya menjaga pendaftaran bagi  senaman 4s yang berlangsung di dewan gemilang ukm
bangi😁😁





























Saturday, 4 March 2017

About me:)

                BIODATA DIRI

    

     Assalamualaikum and Hai guys !

πŸ‘Έ Nama diberi Nur Ayuni Batrisya Binti Ahmad Nazori.

😁 Berumur 20 tahun. Still young haha. 

πŸ’“ Saya dilahirkan pada 20 Oktober 1997 di Pulau Pinang. 

😁 Saya bangga menjadi anak kelahiran Pulau Pinang kerana Pulau Pinang sememangnya negeri yang kaya dengan aktiviti pelancongan dan juga dikenali sebagai syurga makanan. 
Jikalau diberi kesempatan anda semua datanglah melancong di negeri kelahiran saya ini haha. 

😎 Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. 

😏 Pada masa sekarang, saya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di peringkat sarjana muda di Universiti Kenbangsaan Malaysia yang mengambil jurusan Ekonomi. Doakan saya supaya dipermudahkan untuk grad nanti :).